This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, 21 June 2012

SEPINTAS LALU MPM


Melayu bergabung bawah Majlis Perundingan Melayu


PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) bersama ketua NGO yang hadir pada Pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu.

“Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.

MPM bukan pertubuhan perkauman

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dilancarkan hari ini bukanlah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbentuk perkauman walaupun ia berperanan sebagai pelindung hak orang Melayu. Salah seorang pengasas MPM, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, MPM yang ditubuhkan dengan semangat Rukun Negara itu turut memainkan peranan sebagai penggerak bagi menghidupkan semangat generasi muda.

“Selain memperjuangkan hak orang Melayu, MPM juga berperanan mendidik generasi muda agar cintakan agama, bangsa dan negara. “Hari ini, hanya segelintir generasi muda Melayu yang berminat untuk melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti patriotik sebegini,” jelasnya pada sidang media majlis pelancaran NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

MPM ketika ini dianggotai oleh 76 NGO Melayu peringkat negeri serta kebangsaan dan jumlah berkenaan dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Turut berlangsung di majlis pelancaran itu ialah Majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM.

Beliau yang juga Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) berharap, aktiviti yang akan dilaksanakan oleh MPM nanti akan mampu menggerakkan anak-anak muda Melayu.

Tambahnya, penubuhan MPM bukanlah untuk menggugat mana-mana pihak tetapi cuma bertindak umpama benteng dan pelindung kepada tanah air.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima dengan hati terbuka segala usul yang akan diserahkan oleh MPM kepadanya.

AHLI-AHLI KERABAT MPM


AHLI AHLI MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU ( MPM )



Alumni Institiut Pertanian Malaysia,AIPM

Alumni Kelab Umno Luar Negara

Alumni UiTM

Badan Kemajuan & Kebajikan Anak-Anak Melayu

Dewan Perdagangan Islam Malaysia, DPIM

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, DPMM

Dewan Usahawan Malaysia

Gabungan Badan NGO Malaysia

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS

Gabungan Penulis Melayu Malaysia, GAPENA

Gabungan Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu,Malaysia

Gagasan Badan Ekonomi Malaysia, GABEM

Gagasan Melayu Perak, GMP

Gerakan Selendang Malaysia

Ikatan Kepimpinan Melayu Malaysia, IKMM

Ikatan Muda Malaysia

Institiut Pembangunan Saintifik Insan & Sumber,Selangor, IPSIS

Institut Perkembangan Minda, INMIND

Jaringan Melayu Malaysia

Kelab Wawasan

Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat, KGMMB

Kongres Kebangsaan Kesatuan Pekerja Am Kerajaan, CEUPACS

Majlis Bekas Wakil Rakyat, MUBARAK

Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela,Selangor D.E

Majlis Kebudayaan Selangor, MKS

Majlis Perundingan Industri Hiburan & Kesenian Tanahair

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan

Majlis Usahawan Malaysia, MUM

Malay College Old Boys Assn., MCOBA

Malaysian Martial Art Grand Master Assn.

PAPITA

Pensyarah Dakwah Perkim Kebangsaan

Pergerakan Belia 4B Malaysia

Persatuan Anak Melayu Johor Di KL, PAMJ

Persatuan Anak-Anak Kedah Darulaman,Malaysia ( ADAM)

Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim

Persatuan Anak-Anak Terengganu Di Selangor & Wilayah Persekutuan, PESAT

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia, ANSARA

Persatuan Kebajikan & Pendidikan Keluarga Pakistan Malaysia, KHANDAN

Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang,Malaysia

Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia, NASH

Persatuan Kontraktor Buku Malaysia

Persatuan Kontraktor Elektrikal,Eletronik dan Mekanikal Melayu Malaysia

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, PKMM

Persatuan Kontraktor Wibawa Malaysia

Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Persatuan Pemaju Melayu W.P

Persatuan Penduduk Jaya Permai 3/6

Persatuan Pengimport & Peniaga Keenderaan Melayu Malaysia, PEKEMA

Persatuan Pengusaha Logistik Bumiputera Selangor

Persatuan Peniaga Bumiputera W.Persekutuan

Persatuan Persara-Persara Polis Islam Malaysia

Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia

Persatuan Sejarah Malaysia

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Persatuan Silat Selendang Merah

Persatuan Urdu Malaysia

Persatuan Usahawan & Vendor Telekom Malaysia, PRUVENT

Persatuan Usahawan Graduan Malaysia, PUGM

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia, USAHANITA

Persatuan Warga Prihatin Malaysia, PERIHATIN

Pertubuhan Adat Perpatih KL

Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan,Malaysia

Pertubuhan Ikatan Seni Silat Kalam Malaysia

Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia,PEKIDA

Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Malaysia

Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Selangor

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat, PAKKU

Pertubuhan Pemikir Professional Melayu Malaysia,PPPMM

Pertubuhan Perjuangan Kedaulatan Nasional, PERDANA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, PERKASA

Pertubuhan Usahawan Arkitek Melayu,Malaysia

Prowaris Malaysia

SDARA Alumni

Sekretariat Pemikir & Perpaduan Melayu Melaka

Tabung Amanah Malaysia

Yayasan GPMS

Yayasan Karyawan

Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia, YKSM

Yayasan Pembangunan Buku Negara

Yayasan Rangkaian Sahabat UUM

Yayasan Suara Wanita, YASNITA

Tamadun Melayu, (STEM)

Pemikir & Perpaduan Melayu Melaka

Malaysian Martial Art

Kelab Warga Sihat Malaysia

KPPMS Muda Selangor

Persatuan Belia Kg.Pandan

Persatuan Sejarah Daerah Petaling

Persatuan Wanita Islam Cheras

Persatuan Penjaja Cawangan Kg.Pandan,KL

Persatuan Sejarah Selangor

MKD Sepang

Persatuan Belia Melayu Jerlu

Persatuan Pengusaha Hotel Seri Malaysia