KENYATAAN MEDIA
OLEH:
MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU
(MPM)
TERHADAP DEMOSTRASI
‘BERSIH 3.0’
PADA 28 APRIL 2012 DI DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR
228 NGO DESAK PEGUAM NEGARA DAKWA PENGANJUR BERSIH 3.0
KUALA LUMPUR, 3 MEI – Sebanyak 228 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) utama di
Malaysia yang bergabung dengan Majlis Perunding Melayu (MPM) hari ini mendesak
Peguam Negara dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mendakwa penganjur perhimpunan
haram Bersih 3.0 ke muka pengadilan.
MPM yang merupakan kaukus
kepada NGO-NGO melayu dan bumiputera dengan
keanggotaan melebihi 2.5 juta memandang dengan amat sirius isu PERHIMPUNAN
HARAM ini dan mengutuk sekeras-kerasnya
terhadap keganasan yang dilakukan oleh peserta BERSIH 3.0 yang terang-terang
mencabar kewibawaan kerajaan yang dipilih oleh rakyat
Biro Keselamatan &
Ketenteraman Awam MPM dalam sidang tergemparnya pada 30 April 2012 telah
mengambil pendirian bahawa penganjur BERSIH 3.0 mesti dipertanggungjawabkan
terhadap keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan tersebut berdasarkan
hujah bahawa perhimpunan yang disertai oleh
kira-kiran 30,000 orang itu, tidak mewakili kehendak keseluruhan rakyat
Malaysia yang cintakan keamanan.
KENYATAAN PENUH
1.0 Majlis
Perunding Melayu (MPM) yang merupakan kaukus kepada 228 pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) utama di Malaysia, memandang dengan amat sirius isu PERHIMPUNAN
HARAM ‘BERSIH 3.0’ yang dinyatakan ini. Biro Keselamatan & Ketenteraman
Awam MPM dalam sidang tergemparnya pada 30 April 2012 telah mengambil pendirian
bahawa pihak penganjur BERSIH 3.0 mesti dipertanggungjawabkan terhadap
keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan tersebut. Pendirian ini
dibuat berdasarkan hujah bahawa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang disertai
anggaran 30,000 orang, tidak mewakili kehendak keseluruhan rakyat Malaysia yang
mahukan keamanan.
2.0 Keanggotaan
NGO-NGO kerabat MPM yang melebihi 2.5 juta rakyat Negara ini selain dari ‘the
silent majority’, mengutuk sekeras-kerasnya terhadap keganasan yang dilakukan
oleh peserta BERSIH 3.0 yang terang-terang mencabar kewibawaan kerajaan yang
dipilih oleh rakyat. MPM dengan ini mengambil pendirian bahawasanya, terdapat
bukti yang jelas dari berbagai sumber yang sahih seperti, rakaman video dan
gambar mengenai keganasan yang mereka cetuskan semasa perhimpunan BERSIH 3.0
itu. Pada masa yang sama ada pihak yang menentang Kerajaan mengambil kesempatan
dari insiden ini dengan memutar-belitkan fakta tersebut dengan melakukan
suntingan video mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 ini dengan niat untuk menggambarkan
kepada umum bahawa pihak berkuasa, terutamanya polis, yang memulakan provokasi sehingga mencetuskan
keganasan semasa perhimpunan itu. Video-video ini telah disunting dengan teliti
dengan menggunakan peralatan yang canggih, dengan tujuan untuk diedarkan atau
ditayangkan kepada rakyat dengan niat untuk menipu rakyat supaya bersimpati dan
menghalalkan keganasan dan pelanggaran undang-undang yang telah sengaja
dilakukan oleh peserta perhimpunan itu. MPM juga berpendirian bahawa ada elemen
sokongan dan campur-tangan pihak-pihak asing yang telah terlibat secara
langsung dalam memastikan perhimpunan ini menjadi liar dan sukar dikawal.
3.0
MPM dengan ini mendesak pihak berkuasa terutamanya Peguam Negara dan Polis Di
Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan segera berdasarkan
fakta berikut:
3.1 Bahawa setiap tindak-tanduk rakyat di
Negara ini adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang Negara ini. Dalam
insiden keganasan yang dilakukan oleh perserta BERSIH 3.0 jelas menunjukkan dengan
terang-terang bahawa mereka telah membelakangkan undang-undang Negara dengan
sengaja menyertai perhimpunan haram BERSIH 3.0 itu, apatah lagi mereka telah
dengan sengaja mencetuskan huru-hara dan keganasan. Pihak kerajaan telah
menawarkan tempat berhimpun alternatif saperti Stadium Bukit Jalil misalnya,
tetapi ditolak oleh penganjur BERSIH 3.0 dengan alasan yang tidak munasabah.
3.2. Sehubungan dengan itu, pihak Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur juga telah mengeluarkan perintah larangan kepada penganjur perhimpunan
Bersih 3.0, berhimpun di Dataran Merdeka dengan alasan bahawa adalah tidak
sesuai untuk berhimpun yang dikatakan akan mengumpulkan ratusan ribu orang. Larangan
ini diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa penganjur perhimpunan BERSIH 3.0
bukanlah merupakan pertubuhan yang sah dan berdaftar. Malangnga, pihak
penganjur BERSIH enggan mematuhi arahan Mahkamah ini. Pengingkaran arahan ini
dengan jelas menunjukkan motif sebenar perhimpunan ini yang dengan sengaja ingin
mencabar pihak berkuasa dan membelakangi undang-undang Negara. Kesempatan ini
diambil oleh beberapa pemimpin pembangkang saperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali,
Mohammad Sabu dan ramai lagi, yang terang-terang menghasut dan mengarahkan
peserta perhimpunan BERSIH 3.0 merusuh dan ‘menawan’ Dataran Merdeka. Tindakan
perusuh yang cuba ‘menawan’ Dataran Merdeka dengan menggunakan keganasan
membuktikan bahawa hasrat mereka bukan sahaja melanggar arahan Mahkamah, mencabar
pehak berkuasa yang bertugas disitu dan paling dahsyat ialah usaha mereka
mencemari kedaulatan undang-undang Negara ini.
3.3. Terdapat bukti yang jelas bahawa perusuh
ini telah dengan sengaja menyerang pihak berkuasa polis dengan menendang,
membaling objek keras yang menyebabkan cermin kereta pecah dan mencederakan
anggota polis yang bertugas. Kereta peronda polis ini juga telah diterbalikkan.
Malah terdapat bukti yang menunjukkan perusuh menendang anggota polis trafik
yang terjatuh dari motosikalnya tanpa langsung ada perasaan peri kemanusiaan. Kebanyakan
perusuh yang mengganas ini telah memakai topeng dengan tujuan tidak mahu identiti
mereka dicam oleh pihak berkuasa. Ini menunjukkan bahawa rancangan untuk
melakukan keganasan memang telah dirancang dari awal lagi.
4.0 Dengan
ini adalah pasti bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 jelas telah melanggar kedaulatan
undang-undang Negara ini, paling tidak dibawah Peruntukan Undang-undang seperti berikut:
4.1 Melanggar
Perintah Mahkamah melarang orang ramai masuk ke Dataran Merdeka.
4.2 Kesalahan Perhimpunan Haram (Unlawful Assembly) Seksyen 141-143 Kanun Kesiksaan (Penal Code).
4.3 Merusuh (rioting) di bawah Seksyen 146-147 Kanun Kesiksaan,
merosakkan harta benda dan melakukan kecederaan kepada orang ramai
4.4 Melanggar beberapa
peruntukan Akta Hasutan (Sedition Act) 1948.
4.5 Melanggar
Peruntukan Akta Perhimpunan Aman (Peaceful Assembly Act) dan sebagainya.
5.0 Berdasarkan
hujah-hujah di atas, MPM DENGAN INI MENDESAK PEGUAM NEGARA DAN POLIS DIRAJA
MALAYSIA (PDRM) MENDAKWA MEREKA YANG DENGAN JELAS MENGAMBIL INISIATIF
MENGANJURKAN PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 DAN DENGAN SENGAJA MENCETUSKAN PERHIMPUNAN
ITU MENJADI GANAS DAN HURU-HARA. Mereka yang disenaraikan ini wajib didakwa
diatas kesalahan yang mereka lakukan dan dihukum sekeras-kerasnya termasuk
hukuman penjara yang maksimum:
i. Dato’ Ambiga Seenivasagam –
Penganjur BERSIH 3.0
ii. Datuk A. Samad Said – Penganjur
Bersama BERSIH 3.0
iii. YB
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan
& huru-hara
iv. YB
Sdr Azmin Ali – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
v. Mohammad
Sabu – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
vi. Tan
Sri A. Kadir Sheikh Fadzir – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan &
huru-hara
vii. YB
Dato’ Seri Abdul Hadi Awang – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan &
huru-hara
viii. Pn
Marina Chin Abdullah – AJK BERSIH 3.0 & Peserta Perhimpunan yang cetuskan
keganasan & huru-hara
ix. YB
Tian Chua – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
x. YB
Lim Kit Siang – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
MPM juga akan mengumpulkan nama-nama
lain yang diketahui menyertai perhimpunan itu dan mencetuskan keganasan serta
huru-hara, agar tindakan yang sama diambil terhadap mereka itu.
6.0 MPM
bersedia dan komited memberikan kerjasama kepada Peguam Negara dan PDRM dalam
proses mendakwa dan menghukum mereka itu.