This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, 21 June 2012

SEPINTAS LALU MPM


Melayu bergabung bawah Majlis Perundingan Melayu


PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) bersama ketua NGO yang hadir pada Pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.

Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu.

“Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.

MPM bukan pertubuhan perkauman

Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang dilancarkan hari ini bukanlah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbentuk perkauman walaupun ia berperanan sebagai pelindung hak orang Melayu. Salah seorang pengasas MPM, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, MPM yang ditubuhkan dengan semangat Rukun Negara itu turut memainkan peranan sebagai penggerak bagi menghidupkan semangat generasi muda.

“Selain memperjuangkan hak orang Melayu, MPM juga berperanan mendidik generasi muda agar cintakan agama, bangsa dan negara. “Hari ini, hanya segelintir generasi muda Melayu yang berminat untuk melibatkan diri secara langsung dalam aktiviti patriotik sebegini,” jelasnya pada sidang media majlis pelancaran NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

MPM ketika ini dianggotai oleh 76 NGO Melayu peringkat negeri serta kebangsaan dan jumlah berkenaan dijangka meningkat dari semasa ke semasa. Turut berlangsung di majlis pelancaran itu ialah Majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM.

Beliau yang juga Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) berharap, aktiviti yang akan dilaksanakan oleh MPM nanti akan mampu menggerakkan anak-anak muda Melayu.

Tambahnya, penubuhan MPM bukanlah untuk menggugat mana-mana pihak tetapi cuma bertindak umpama benteng dan pelindung kepada tanah air.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima dengan hati terbuka segala usul yang akan diserahkan oleh MPM kepadanya.

AHLI-AHLI KERABAT MPM


AHLI AHLI MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU ( MPM )



Alumni Institiut Pertanian Malaysia,AIPM

Alumni Kelab Umno Luar Negara

Alumni UiTM

Badan Kemajuan & Kebajikan Anak-Anak Melayu

Dewan Perdagangan Islam Malaysia, DPIM

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, DPMM

Dewan Usahawan Malaysia

Gabungan Badan NGO Malaysia

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS

Gabungan Penulis Melayu Malaysia, GAPENA

Gabungan Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu,Malaysia

Gagasan Badan Ekonomi Malaysia, GABEM

Gagasan Melayu Perak, GMP

Gerakan Selendang Malaysia

Ikatan Kepimpinan Melayu Malaysia, IKMM

Ikatan Muda Malaysia

Institiut Pembangunan Saintifik Insan & Sumber,Selangor, IPSIS

Institut Perkembangan Minda, INMIND

Jaringan Melayu Malaysia

Kelab Wawasan

Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat, KGMMB

Kongres Kebangsaan Kesatuan Pekerja Am Kerajaan, CEUPACS

Majlis Bekas Wakil Rakyat, MUBARAK

Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela,Selangor D.E

Majlis Kebudayaan Selangor, MKS

Majlis Perundingan Industri Hiburan & Kesenian Tanahair

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan

Majlis Usahawan Malaysia, MUM

Malay College Old Boys Assn., MCOBA

Malaysian Martial Art Grand Master Assn.

PAPITA

Pensyarah Dakwah Perkim Kebangsaan

Pergerakan Belia 4B Malaysia

Persatuan Anak Melayu Johor Di KL, PAMJ

Persatuan Anak-Anak Kedah Darulaman,Malaysia ( ADAM)

Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim

Persatuan Anak-Anak Terengganu Di Selangor & Wilayah Persekutuan, PESAT

Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia, ANSARA

Persatuan Kebajikan & Pendidikan Keluarga Pakistan Malaysia, KHANDAN

Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang,Malaysia

Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia, NASH

Persatuan Kontraktor Buku Malaysia

Persatuan Kontraktor Elektrikal,Eletronik dan Mekanikal Melayu Malaysia

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, PKMM

Persatuan Kontraktor Wibawa Malaysia

Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Persatuan Pemaju Melayu W.P

Persatuan Penduduk Jaya Permai 3/6

Persatuan Pengimport & Peniaga Keenderaan Melayu Malaysia, PEKEMA

Persatuan Pengusaha Logistik Bumiputera Selangor

Persatuan Peniaga Bumiputera W.Persekutuan

Persatuan Persara-Persara Polis Islam Malaysia

Persatuan Remiser Bumiputera Malaysia

Persatuan Sejarah Malaysia

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Persatuan Silat Selendang Merah

Persatuan Urdu Malaysia

Persatuan Usahawan & Vendor Telekom Malaysia, PRUVENT

Persatuan Usahawan Graduan Malaysia, PUGM

Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia, USAHANITA

Persatuan Warga Prihatin Malaysia, PERIHATIN

Pertubuhan Adat Perpatih KL

Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan,Malaysia

Pertubuhan Ikatan Seni Silat Kalam Malaysia

Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah Malaysia,PEKIDA

Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Malaysia

Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Selangor

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat, PAKKU

Pertubuhan Pemikir Professional Melayu Malaysia,PPPMM

Pertubuhan Perjuangan Kedaulatan Nasional, PERDANA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, PERKASA

Pertubuhan Usahawan Arkitek Melayu,Malaysia

Prowaris Malaysia

SDARA Alumni

Sekretariat Pemikir & Perpaduan Melayu Melaka

Tabung Amanah Malaysia

Yayasan GPMS

Yayasan Karyawan

Yayasan Kepimpinan & Strategi Malaysia, YKSM

Yayasan Pembangunan Buku Negara

Yayasan Rangkaian Sahabat UUM

Yayasan Suara Wanita, YASNITA

Tamadun Melayu, (STEM)

Pemikir & Perpaduan Melayu Melaka

Malaysian Martial Art

Kelab Warga Sihat Malaysia

KPPMS Muda Selangor

Persatuan Belia Kg.Pandan

Persatuan Sejarah Daerah Petaling

Persatuan Wanita Islam Cheras

Persatuan Penjaja Cawangan Kg.Pandan,KL

Persatuan Sejarah Selangor

MKD Sepang

Persatuan Belia Melayu Jerlu

Persatuan Pengusaha Hotel Seri Malaysia

Monday, 7 May 2012

228 NGO DESAK PEGUAM NEGARA DAKWA PENGANJUR BERSIH 3.0


KENYATAAN MEDIA
OLEH:
MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU (MPM)
TERHADAP DEMOSTRASI ‘BERSIH 3.0’
PADA 28 APRIL 2012 DI DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR

228 NGO DESAK PEGUAM NEGARA DAKWA PENGANJUR BERSIH 3.0

KUALA LUMPUR, 3 MEI – Sebanyak 228 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) utama di Malaysia yang bergabung dengan Majlis Perunding Melayu (MPM) hari ini mendesak Peguam Negara dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mendakwa penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0 ke muka pengadilan.

MPM yang merupakan kaukus kepada NGO-NGO melayu dan bumiputera  dengan keanggotaan melebihi 2.5 juta memandang dengan amat sirius isu PERHIMPUNAN HARAM ini  dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap keganasan yang dilakukan oleh peserta BERSIH 3.0 yang terang-terang mencabar kewibawaan kerajaan yang dipilih oleh rakyat

Biro Keselamatan & Ketenteraman Awam MPM dalam sidang tergemparnya pada 30 April 2012 telah mengambil pendirian bahawa penganjur BERSIH 3.0 mesti dipertanggungjawabkan terhadap keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan tersebut berdasarkan hujah bahawa  perhimpunan yang disertai oleh kira-kiran 30,000 orang itu, tidak mewakili kehendak keseluruhan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.  

KENYATAAN PENUH

1.0          Majlis Perunding Melayu (MPM) yang merupakan kaukus kepada 228 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) utama di Malaysia, memandang dengan amat sirius isu PERHIMPUNAN HARAM ‘BERSIH 3.0’ yang dinyatakan ini. Biro Keselamatan & Ketenteraman Awam MPM dalam sidang tergemparnya pada 30 April 2012 telah mengambil pendirian bahawa pihak penganjur BERSIH 3.0 mesti dipertanggungjawabkan terhadap keganasan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan tersebut. Pendirian ini dibuat berdasarkan hujah bahawa peserta perhimpunan BERSIH 3.0 yang disertai anggaran 30,000 orang, tidak mewakili kehendak keseluruhan rakyat Malaysia yang mahukan keamanan.  

2.0          Keanggotaan NGO-NGO kerabat MPM  yang melebihi  2.5 juta rakyat Negara ini selain dari ‘the silent majority’, mengutuk sekeras-kerasnya terhadap keganasan yang dilakukan oleh peserta BERSIH 3.0 yang terang-terang mencabar kewibawaan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. MPM dengan ini mengambil pendirian bahawasanya, terdapat bukti yang jelas dari berbagai sumber yang sahih seperti, rakaman video dan gambar mengenai keganasan yang mereka cetuskan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 itu. Pada masa yang sama ada pihak yang menentang Kerajaan mengambil kesempatan dari insiden ini dengan memutar-belitkan fakta tersebut dengan melakukan suntingan video mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 ini dengan niat untuk menggambarkan kepada umum bahawa pihak berkuasa, terutamanya polis,  yang memulakan provokasi sehingga mencetuskan keganasan semasa perhimpunan itu. Video-video ini telah disunting dengan teliti dengan menggunakan peralatan yang canggih, dengan tujuan untuk diedarkan atau ditayangkan kepada rakyat dengan niat untuk menipu rakyat supaya bersimpati dan menghalalkan keganasan dan pelanggaran undang-undang yang telah sengaja dilakukan oleh peserta perhimpunan itu. MPM juga berpendirian bahawa ada elemen sokongan dan campur-tangan pihak-pihak asing yang telah terlibat secara langsung dalam memastikan perhimpunan ini menjadi liar dan sukar dikawal.

3.0          MPM dengan ini mendesak pihak berkuasa terutamanya Peguam Negara dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan segera berdasarkan fakta berikut:

3.1         Bahawa setiap tindak-tanduk rakyat di Negara ini adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang Negara ini. Dalam insiden keganasan yang dilakukan oleh perserta BERSIH 3.0 jelas menunjukkan dengan terang-terang bahawa mereka telah membelakangkan undang-undang Negara dengan sengaja menyertai perhimpunan haram BERSIH 3.0 itu, apatah lagi mereka telah dengan sengaja mencetuskan huru-hara dan keganasan. Pihak kerajaan telah menawarkan tempat berhimpun alternatif saperti Stadium Bukit Jalil misalnya, tetapi ditolak oleh penganjur BERSIH 3.0 dengan alasan yang tidak munasabah.

3.2.        Sehubungan dengan itu, pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah mengeluarkan perintah larangan kepada penganjur perhimpunan Bersih 3.0, berhimpun di Dataran Merdeka dengan alasan bahawa adalah tidak sesuai untuk berhimpun yang dikatakan akan mengumpulkan ratusan ribu orang. Larangan ini diperkuatkan lagi dengan fakta bahawa penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 bukanlah merupakan pertubuhan yang sah dan berdaftar. Malangnga, pihak penganjur BERSIH enggan mematuhi arahan Mahkamah ini. Pengingkaran arahan ini dengan jelas menunjukkan motif sebenar perhimpunan ini yang dengan sengaja ingin mencabar pihak berkuasa dan membelakangi undang-undang Negara. Kesempatan ini diambil oleh beberapa pemimpin pembangkang saperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Mohammad Sabu dan ramai lagi, yang terang-terang menghasut dan mengarahkan peserta perhimpunan BERSIH 3.0 merusuh dan ‘menawan’ Dataran Merdeka. Tindakan perusuh yang cuba ‘menawan’ Dataran Merdeka dengan menggunakan keganasan membuktikan bahawa hasrat mereka bukan sahaja melanggar arahan Mahkamah, mencabar pehak berkuasa yang bertugas disitu dan paling dahsyat ialah usaha mereka mencemari kedaulatan undang-undang Negara ini.

3.3.        Terdapat bukti yang jelas bahawa perusuh ini telah dengan sengaja menyerang pihak berkuasa polis dengan menendang, membaling objek keras yang menyebabkan cermin kereta pecah dan mencederakan anggota polis yang bertugas. Kereta peronda polis ini juga telah diterbalikkan. Malah terdapat bukti yang menunjukkan perusuh menendang anggota polis trafik yang terjatuh dari motosikalnya tanpa langsung ada perasaan peri kemanusiaan. Kebanyakan perusuh yang mengganas ini telah memakai topeng dengan tujuan tidak mahu identiti mereka dicam oleh pihak berkuasa. Ini menunjukkan bahawa rancangan untuk melakukan keganasan memang telah dirancang dari awal lagi.

4.0          Dengan ini adalah pasti bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 jelas telah melanggar kedaulatan undang-undang Negara ini, paling tidak dibawah Peruntukan  Undang-undang seperti berikut:

4.1         Melanggar Perintah Mahkamah melarang orang ramai masuk ke Dataran Merdeka.
4.2          Kesalahan Perhimpunan Haram (Unlawful Assembly)  Seksyen 141-143 Kanun Kesiksaan (Penal Code).
4.3          Merusuh (rioting) di bawah Seksyen 146-147 Kanun Kesiksaan, merosakkan harta benda dan melakukan kecederaan kepada orang ramai
4.4         Melanggar beberapa peruntukan Akta Hasutan (Sedition Act) 1948.
4.5         Melanggar Peruntukan Akta Perhimpunan Aman (Peaceful Assembly Act) dan sebagainya.

5.0          Berdasarkan hujah-hujah di atas, MPM DENGAN INI MENDESAK PEGUAM NEGARA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) MENDAKWA MEREKA YANG DENGAN JELAS MENGAMBIL INISIATIF MENGANJURKAN PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 DAN DENGAN SENGAJA MENCETUSKAN PERHIMPUNAN ITU MENJADI GANAS DAN HURU-HARA. Mereka yang disenaraikan ini wajib didakwa diatas kesalahan yang mereka lakukan dan dihukum sekeras-kerasnya termasuk hukuman penjara yang maksimum:

i.             Dato’ Ambiga Seenivasagam – Penganjur BERSIH 3.0
ii.            Datuk A. Samad Said – Penganjur Bersama BERSIH 3.0
iii.            YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
iv.           YB Sdr Azmin Ali – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
v.            Mohammad Sabu – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
vi.           Tan Sri A. Kadir Sheikh Fadzir – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
vii.          YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
viii.         Pn Marina Chin Abdullah – AJK BERSIH 3.0 & Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
ix.           YB Tian Chua – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara
x.            YB Lim Kit Siang – Peserta Perhimpunan yang cetuskan keganasan & huru-hara

MPM juga akan mengumpulkan nama-nama lain yang diketahui menyertai perhimpunan itu dan mencetuskan keganasan serta huru-hara, agar tindakan yang sama diambil terhadap mereka itu.

6.0          MPM bersedia dan komited memberikan kerjasama kepada Peguam Negara dan PDRM dalam proses mendakwa dan menghukum mereka itu.

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU


Tuesday, 1 May 2012

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU